LONDON 31 Mei – Gareth Bale tetap menyayangi bola sepak biarpun mengalami krisis di Real Madrid, kata jurulatih Walesm Ryan Giggs.
Bale dan Giggs sedang mempersiapkan diri untuk kelayakan Euro 2020 menentang Croatia dan Hungary, namun masa depan penyerang tersebut kini terumbang-ambing.
Zinedine Zidane seakan tidak menyukai Bale apabila tidak menurunkan langsung penyerang tersebut dalam aksi penutup La Liga musim ini.
Bale pernah membantu Real meraih trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut di bawah bimbingan Zidane, namun kali ini sepertinya disisihkan oleh pengendali tersebut.
Giggs, tidak merasakan krisis yang melanda Bale di Madrid menyebabkan pemain berusia 29 tahun itu benci dengan bola sepak.
“Kami ada perlawanan Selasa ini, dan dia dilihat sangat bagus, tajam dan sungguh segar. Saya teruja untuk melihatkan beraksi dalam dua perlawanan menentang Croatia dan Hungary.
“Dia sangat tajam dan mahu memiliki bola serta menjaringkan gol yang menakjubkan,” katanya.- AGENSI











