Bale seakan bengang dengan Real - Utusan Malaysia

Bale seakan bengang dengan Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 19 Mei – Real Madrid mengalami musim hambar kali ini, dengan Gareth Bale dilihat seperti sudah berputus asa dan mahu mengucapkan selamat tinggal selepas skuad bimbingan Zinedine Zidane mengalami kekalahan 0-2 kepada tuan rumah Real Betis hari ini.

Zidane sebelum ini memberitahu bahawa karier penyerang itu di Bernabeu telahpun berakhir dan dia akan dijual pada musim panas ini.

Malah, dalam perlawanan penutup La Liga itu, Bale tidak dibawa masuk ke padang dengan hanya memanaskan bangku simpanan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia sudah berakhir dan kami boleh memikirkannya tahun depan. Suasana akan berubah, pasti,” kata Bale.

Ketika barisan Real memberikan penghormatan kepada penyokongnya, Bale sebaliknya terus memasuki terowong tanpa mengikuti jejak langkah rakan sepasukan lain.

“Saya minta maaf, saya tidak memberikan peluang kepada Bale hari ini. Tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku, saya perlu membuat keputusan berdasarkan hari ini dan perlawanan,” kata Zidane.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini