Aston Villa makin hampir kembali ke Liga Perdana Inggeris - Utusan Malaysia

Aston Villa makin hampir kembali ke Liga Perdana Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mei – Aston Villa semakin hampir untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris selepas berjaya mengatasi saingan West Bromwich Albion menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 di separuh akhir aksi playoff awal hari ini.

Kejayaan itu membolehkan Villa kini hanya setapak lagi untuk naik pangkat tetapi perlu menang aksi final playoff di Wembley pada 27 Mei ini menentang sama ada Leeds atau Derby yang bertemu dalam satu lagi separuh akhir playoff.

Malang bagi West Bromwich kerana walaupun menang 1-0 hasil tandukan Craig Dawson pada aksi kedua separuh akhir itu, ia cukup sekadar mengikat kedudukan 2-2 secara agregat sekaligus memaksa diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penjaga gol, Jed Steer muncul wira Villa apabila bukan sahaja cemerlang menyelamatkan percubaan bahaya West Bromwich pada masa tambahan malah turut menyekat dua penalti awal pasukan lawan yang diambil Mason Holgate dan Ahmed Hegazi.

“Nasib banyak memainkan peranan hari ini tetapi ia menakjubkan. Kami berlatih mengambil penalti setiap hari, jadi selepas ini nampaknya saya kena berdepan 100 kali sepakan penalti dalam sehari latihan untuk beberapa hari ini,” kata Steer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini