LONDON – Pemain pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi enggan melihat barisan pertahanan pasukannya melakukan kesilapan mudah jika mahu menundukkan Chelsea pada pentas final Liga Europa di Baku awal pagi Khamis. Perkara tersebut dijelaskan dalam misi untuk merebut slot Liga Juara-Juara selepas mereka sekadar menamatkan saingan pada kedudukan kelima untuk Liga Perdana England (EPL) musim ini. Pemain skuad antarabangsa Jerman berkenaan mengakui masalah barisan pertahanan kini merupakan isu utama dalam skuad kendalian…









