Beberapa tahun dahulu saya sering juga ke Semporna, Sabah, atas tujuan tugasan. Boleh dikatakan pulau-pulau sekitarnya memiliki perairan yang begitu cantik, pasir pantainya putih, berair jernih kebiru-biruan dan dihuni ribuan hidupan marin. Semporna merupakan destinasi sukan selam skuba yang ‘sempurna’, popular tidak hanya di Malaysia malah peminat sukan tersebut dari seluruh dunia. Pulau Mataking, Pulau Sipadan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Sibuan, Pulau Tetagan, Pulau Timba-Timba, Pulau Mabul dan banyak lagi sering menjadi tumpuan peminat sukan tersebut. Pulau-pulau berkenaan antara destinasi wajib untuk dilawati jika ke Semporna, sangat cantik pun begitu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya