Aset RM758.2j balu Daim dibeku

Aset RM758.2j balu Daim dibeku

NAI'MAH Abdul Khalid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua bangunan komersial, tiga kediaman mewah dan dua kediaman milik Toh Puan Na’imah Abdul Khalid iaitu isteri kepas bekas Menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarganya yang terletak di sekitar London telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM).

Turut dibekukan ialah sebuah akaun bank milik The Ilham Foundation, sebuah pertubuhan kebajikan di London yang Na’mah merupakan salah seorang pemegang amanahnya.
Keseluruhan aset mudah alih dan tidak alih itu dianggarkan bernilai £132 juta (RM758.2 juta).

Perintah pembekuan aset luar negara itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Azhar Abdul Hamid selepas membenarkan permohonan dikemukakan SPRM secara ex-parte (sebelah pihak) semalam.

Permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Mahadi Abdul Jumaat, ketika dihubungi media mengesahkan perkara itu.

Menurut afidavit yang difailkan, hasil siasatan SPRM mendapati bangunan-bangunan komersial dan kediaman yang dibeli di antara Julai 2013 dan Januari 2021 serta akaun bank terbabit berkait dengan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

Siasatan antara lain menunjukkan bangunan komersial di St Mary Axe, London dibeli pada Julai 2013 dengan harga £23,700,000 manakala bangunan komersial di One Crown Court dibeli Oktober 2013 dengan harga £31,500,000.

Tiga kediaman mewah itu masing-masing terletak di Bryan­ston Square, Bryanston Mews dan Lancaster Gate yang ke­semuanya dibeli pada Januari 221 dengan harga £69,020,000.

Dua unit kediaman pula terletak di Gloucester Place turut dibeli pada Januari 2021 dengan harga £8,095,000.

Pada 22 Mei lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya sedang berusaha melucutkan hak pemilikan harta Allahyarham Daim dan keluarga yang dianggarkan bernilai me­lebihi RM2 bilion.

Tindakan itu mendapat reaksi peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili Na’imah dan keluarga mendakwa kenyataan itu tidak masuk akal, dibuat tanpa sebarang asas perundangan, tidak boleh dipertahankan dan bersifat membalas dendam.

Daim meninggal dunia pada 13 November 2024 pada usia 86 tahun ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta akibat masalah kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN