Anggota tentera diseru hayati Rahmatan Lil Alamin - Utusan Malaysia

Anggota tentera diseru hayati Rahmatan Lil Alamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Semua Anggota Tentera Malaysia (ATM) perlu memahami dan menghayati Islam yang berlandaskan kepada Rahmatan Lil Alamin dalam perkhidmatan mereka agar menjadi petugas yang berdedikasi dan diberkati.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pendekatan itu amat penting kerana ia secara tidak langsung dapat menghindari barisan kepimpinan ATM daripada terjerumus dalam amalan tidak sihat selain tidak memberi komitmen penuh terhadap tugas mereka.

“Penghayatan ini diharapkan dapat meningkatkan imej Kementerian Pertahanan dan ATM dalam menyuburkan nilai integriti yang konsisten melalui kekuatan medium penghayatan Maqasid Syariah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah program sebegini juga bertindak sebagai satu langkah tambahan kepada Polisi Antirasuah yang telah disediakan oleh Kementerian Pertahanan dalam usaha serius kementerian meningkatkan integriti, seterusnya memerangi jenayah rasuah dalam kalangan warga ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sesi town hall bagi pemahaman dan penghayatan Maqasid Syariah melalui program Nadwah IImiah (NAIM)-Rahmatan Lil Alamin peringkat kementerian di Wisma Perwira ATM, di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini