Anak Sharnaaz Ahmad selamat jalani pembedahan - Utusan Malaysia

Anak Sharnaaz Ahmad selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden selamat menjalani pembedahan akibat penyakit jangkitan saluran kencing.

Berita itu dikongsikan Sharnaaz, 34, menerusi Instagramnya sebentar tadi dengan memberitahu proses pembedahan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah. Jebat sudah selamat keluar bilik pembedahan. Kepada semua yang mendoakan, terima kasih. Semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua,” tulisnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sharnaaz juga turut mengucapkan terima kasih kepada doktor yang mengetuai pembedahan anaknya itu. 

“Terima kasih buat Dr. Shariz yang mengetuai pembedahan tadi. Hebat orangnya. Jebat akan kembali sihat dengan izin Allah. Amin,” tulisnya lagi. 

Jebat yang berusia sembilan bulan mengalami jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini