Ambank Research kekalkan sasaran inflasi 2019 - Utusan Malaysia

Ambank Research kekalkan sasaran inflasi 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – AmBank Research mengekalkan sasaran inflasi setahun penuh pada satu peratus dan yakin Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar selepas melaksanakan pengurangan pada awal Mei.

Dalam nota kajiannya, ia berkata, inflasi teras dijangkakan tidak berubah dalam jangka terdekat, disokong oleh sentimen domestik yang lemah serta harga minyak mentah dunia yang turun naik.

“Kami menjangkakan sebarang peningkatan dalam inflasi disebabkan oleh kesan asas yang rendah ekoran pelepasan cukai tiga bulan pada 2018, selain ringgit yang lemah berbanding dolar AS, yang mencatat kerugian setakat ini tahun ini pada paras 1.3 peratus hingga 4.19,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

AmBank Research berkata, inflasi teras yang dibaca pada 0.2 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah sejak Mac, namun tidak memenuhi unjuran pasaran sebanyak 0.4 peratus.

“Bagaimanapun, tekanan inflasi masih kekal di paras negatif, dengan purata empat bulan pertama pada -0.2 peratus, manakala inflasi teras pada April meningkat pada kadar yang sama pada Mac, pada 0.5 peratus tahun ke tahun,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini