KUALA LUMPUR – Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bukan saja dirasai oleh seluruh rakyat Pahang dan Malaysia, tetapi kesedihan turut diratapi oleh kalangan anak seni tempatan.
Penyanyi nombor satu negara yang juga anak kelahiran Kuala Lipis, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam kemas kini Instagramnya menyifatkan Almarhum Paduka Ayahanda sebagai seorang Sultan berjiwa rakyat, mudah didampingi dan disenangi ramai.
“Sebagai rakyat Pahang yang berpeluang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku sejak bersekolah rendah dan seterusnya menjadi artis, banyak kenangan yang bermakna dan akan saya ingat sampai bila-bila.
“Patik dan suami menyembah salam takziah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, seluruh kerabat dan keluarga Diraja Pahang di atas kemangkatan Almarhum.
Ikuti cerita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.











