Allegri sah tinggalkan Juventus - Utusan Malaysia

Allegri sah tinggalkan Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 17 Mei – Teka teki mengenai masa depan Massimiliano Allegri bersama Juventus akhirnya terlerai hari ini selepas juara Serie A itu mengesahkan kerjasama mereka akan tamat sebaik sahaja musim ini berakir.

Sejak menyertai Juventus pada 2014, Allegri telah menghadiahkan lima kejuaraan Serie A, dan itu bermakna dia tidak pernah gagal menjuarai liga utama Itali sepanjang kariernya bersama kelab Turin tersebut.

Pengendali kelahiran Livorno, Itali itu juga telah membantu pasukan The Old Lady mendakap empat Piala Itali dan dua Piala Super Itali, sekali gus menjadikannya antara pengurus terbaik dalam sejarah Juventus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Biarpun memiliki rekod gemilangan, namun jodoh Allegri, 51, dan Juventus nampaknya tidak panjang.

Juventus dalam satu kenyataan hari ini berkata: “Massimiliano Allegri tidak akan duduk di bangku Juventus untuk musim 2019-2020.

“Jurulatih dan Presiden kelab, Andrea Agnelli akan duduk bersama untuk bertemu media dalam sidang akhbar Sabtu nanti”.

Kontrak Allegri bersama Juventus hanya akan berakhir pada 2020, dan tidak dapat dipastikan mengapa dia tidak lagi melihat masa depannya berada di Turin.

Meskipun memiliki deretan kejayaan dalam saingan domestik, Allegri gagal menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara selepas kalah dalam dua perlawanan akhir.

Pada 2015 mereka dikecewakan oleh Barcelona sebelum tumpas kepada Real Madrid, dua tahun lalu.

Kemasukan Cristiano Ronaldo musim ini juga gagal membantu Juventus apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Ajax pada suku akhir.

Bekas pemain dan jurulatih Juventus, Antonio Conte disebut-sebut sebagai calon menggantikan Allegri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini