PADA detik awal Nurul Nabila Noami, 27, bertugas sebagai penghantar barang bermotosikal (rider) merangkap pembeli peribadi untuk sebuah syarikat yang menyediakan khidmat penghantaran barangan runcit, dia pernah diminta membelikan daging babi dan minuman keras untuk pelanggannya. Ini kerana, senarai pesanan masuk secara automatik menerusi aplikasi di peranti pintar membuatkan dia tidak boleh memilih. Terbit rasa ragu di hatinya mengenai pendapatan yang diterima sementelah insiden seumpama itu berulang beberapa kali. Graduan universiti dalam jurusan perbankan itu pernah bekerja dalam bidang berkaitan pengajiannya namun dirasakan ia begitu menekan dan tidak serasi dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya