KUANTAN 3 Mei – Akibat terpengaruh dengan ‘scammer’ kononnya mempunyai kes penggubahan wang haram, seorang peniaga dengan mudah memberikan butiran akaun bank miliknya yang mengakibatkannya kerugian RM56,479.80. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian semalam itu bermula apabila mangsa yang berusia 51 tahun menerima panggilan telefon ketika berada di rumahnya di sini daripada individu yang mendakwa wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Katanya, suspek…










