Sini, ayat sentiasa hati nurani Sebab minda indah tulus mengiringi: Sejarah berakar setulin bangsa Sejak lidah lincah dan waras berhujah. Kau, tekad subur, tulus indah di hati; Ayat nan qudus dari insan insani. Kau, sumber khabar salam cenderahati, Sentiasa meranum, menjunjung budi. Kau suburkan rimba raya bangsa Dengan pepohon dan unggas tersedia. Kau bersuara semerdu doa dan zikir. Kaulah syair batin dan senandung fikir. Dalam gelora silang angkara bangsa, Kau…










