Akaun media sosial Anwar diceroboh - Utusan Malaysia

Akaun media sosial Anwar diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mei – Beberapa akaun media sosial Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami gangguan dan dikatakan diceroboh sejak Jumaat lalu.

Berikutan itu, Anwar menasihati semua pihak agar berwaspada berhubung segala maklumat yang datang dari pejabatnya mahupun akaun-akaun media sosial atas nama beliau.

“Ingin saya maklumkan terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabat saya. Ini termasuklah semua akaun media sosial milik saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sedang berusaha dengan pihak yang berkaitan dalam menyelesaikan isu pencerobohan siber ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isu cubaan menceroboh akaun-akaun media milik orang kenamaan termasuk menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) turut dilaporkan sejak beberapa minggu lalu antaranya Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Mengulas lagi tentang perkara itu, Anwar berkata, gejala pencerobohan siber semakin merebak tatkala ramai orang meluangkan masa dalam ruang digital.

“Ternyata ia suatu impak yang negatif dalam keghairahan kita menggunakan teknologi, dan sentiasa terdedah kepada individu yang menggunakan perkakas digital sama ada untuk keuntungan segera atau membangkit ketidaktentuan dan kecelaruan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini