Ajal langgar belakang Proton Iswara - Utusan Malaysia

Ajal langgar belakang Proton Iswara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Seorang tukang masak menemui ajal selepas motosikal dinaikinya melanggar sebuah kereta Proton Iswara yang diletakkan di lorong kecemasan di Kilometer 28.1 Lebu Raya Linkedua arah utara di sini awal pagi hari ini.

Tragedi pada Hari Pekerja hari ini berlaku ke atas mangsa, Yip Chee Seng, 53, pada pukul 1.31 pagi ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Singapura.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Kawasaki seorang diri dari arah Gelang Patah menunggu ke Senai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal melanggar bahagian belakang sebuah kereta Proton Iswara tanpa pemandu ditinggalkan di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

“Akibat pelanggaran itu mangsa tercampak dan terseret dan mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dzulkhairi berkata, hasil semakan ke atas kereta terbabit mendapati kenderaan itu dimiliki seorang lelaki yang berasal dari Taman Kristal, Simpang Renggam, Kluang dekat sini.

Jelasnya, mayat mangsa dikejarkan ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini