KUALA PILAH 29 Mei – Seorang lelaki berusia 56 tahun maut selepas satu unit luar pendingin hawa di belakang sebuah bangunan kedai di pekan ini meletup sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anak lelaki mangsa yang berusia 22 tahun mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, mangsa yang dipercayai sedang menyelenggara pendingin hawa itu terjatuh dari ketinggian dua meter selepas letupan itu berlaku.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE











