'Air tangan' masyarakat Islam Kemboja - Utusan Malaysia

‘Air tangan’ masyarakat Islam Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Ikan haruan goreng, sayur jagung rebus, etok rebus serta air kicap buah mempelam.

Itu antara menu istimewa yang disediakan penduduk kampung 0pah Kabai, Kemboja kepada beberapa sukarelawan termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa dari Malaysia yang datang menghulurkan bantuan kepada mereka.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, kesemua menu itu dimasak sendiri oleh orang kampung secara gotong royong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini kita serahkan sumbangan kepada penduduk kampung dan mereka jamu kami untuk berbuka nanti.

“Kami akan berbuka kira-kira pukul 6.10 petang waktu Kemboja,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Tambahnya, ini bukan kali pertama beliau menikmati masakan dari negara tersebut kerana aktif memberikan bantuan ke Kemboja lebih 20 tahun lalu.

“Masakan mereka menarik dan jarang kita temui di Malaysia.

“Air kicap buah mempelam tidak ada di Malaysia, rasanya masam-masam manis. Mereka gunakan kicap masin, buah mempelam, lada dan bawang merah yang dipotong halus,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini