SABAK BERNAM – Aidilfitri bakal menjelma dirasakan tidak lagi meriah bagi seorang ibu apabila hanya mampu melihat anak lelakinya terbaring di katil akibat kemalangan jalan raya, tahun lalu. Lebih meluluhkan hati Noryati Nadi, 43, apabila Mohd. Amirul Shafiq Md. Nor, 23, diberikan makanan menerusi tebuk salur di bahagian perut. Noryati memberitahu, keadaan anak kedua daripada lima beradik itu sedemikian selepas sedar daripada koma selama empat bulan susulan terlibat kemalangan jalan…










