Adik beradik antara tiga remaja dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Adik beradik antara tiga remaja dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Suasana hiba menyelubungi penduduk Rumah Ligawa, Sibu, Sarawak apabila tiga remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Nanga Tutus, Igan dekat sini hari ini.

Memetik laporan Portal Utusan Borneo, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang ini, tiga mangsa dikhuatiri lemas iaitu Trance Gong Tonmy,14, Trisha Janggok Tommy, 12, dan Nurul Syahiera Salam,13 tahun.

Pemangku Ketua Bomba Zon Sibu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad memberitahu portal itu, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dekat sini dikerahkan ke lokasi kejadian menggunakan bot dan darat selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.10 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, dua daripad tiga mangsa yang terlibat merupakan adik beradik manakala seorang lagi merupakan sepupu mereka.

“Hasil siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, kesemua mangsa dikatakan sedang bermandi-manda di sungai terbabit sebelum dikhuatiri lemas,”katanya di sini.

Tambah Wan Kamaruddin, operasi SAR terpaksa ditangguhkan sehingga esok pagi selepas ketiga-tiga mangsa gagal ditemui petang ini.

“Operasi terbabit ditangguhkan kira-kira pukul 7 malam tadi dan akan diteruskan pagi esok,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini