LONDON 1 Mei – Situasi kurang menyenangkan berlaku sebelum perlawanan separuh akhir pertama di antara Tottenham dan Ajax dengan tiga pegawai polis mengalami kecederaan ekoran kekecohan yang dicetuskan penyokong kedua-dua pasukan. Penyokong kedua-dua pasukan juga dirakam kamera sedang bergaduh selepas tamat perlawanan. Scotland Yard memberitahu, sembilan daripada penyokong ditahan selepas tamat perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu. Jurucakap polis Metropolitan berkata, sekumpulan penyokong bertindak melontar barang di luar Stadium Tottenham…










