800 juta telur ayam, 27 juta biji kelapa bekalan untuk Aidilfitri - Utusan Malaysia

800 juta telur ayam, 27 juta biji kelapa bekalan untuk Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 19 Mei – Masalah kekurangan bekalan makanan utama seperti telur ayam dan kelapa dijangka tidak berlaku pada musim sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini kerana kerajaan telah memastikan bekalannya adalah adalah mencukupi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak situasi tersebut.

“Kita telah senaraikan sejumlah besar barangan yang disediakan untuk keperluan hari raya termasuk 800 juta telur ayam dan 27 juta biji kelapa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita beri jaminan bekalan makanan utama di seluruh negara adalah mencukupi sepanjang musim perayaan kali ini di samping memastikan harganya terkawal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Program Ihya Ramadan KPDNHEP dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) bersama warga Komuniti Pengguna Jajahan Tumpat.

Yang turut hadir, Pengerusi Kada, Datuk Husam Musa dan Pengarah KPDNHEP negeri, Adnan Abdul Rahman.

Seramai 500 penduduk miskin menerima bantuan berupa barangan makanan asas seperti tepung, beras, susu dan gula sumbangan pasaraya Econsave dan Speedmart dalam program tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, KPDNHEP setakat ini belum menerima sebarang aduan berkaitan kenaikan harga secara mendadak sepanjang Ramadan

ini.

Beliau turut memberitahu, melalui penguakuasaan oleh 2,300 pegawai kementerian itu di seluruh negara, sejumlah 447 notis kesalahan gagal meletak tanda harga telah dikeluarkan kepada 38,000 pengusaha di bazar Ramadan dalam tempoh 10 hari pertama puasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini