PERKONGSIAN. Seramai 80 pelajar daripada kelab Pembimbing Rakan Sebaya dari 20 buah sekolah rendah di sekitar Alor Gajah menyertai Kursus Kebitaraan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Kolej Matrikulasi Melaka baru-baru ini. Penyelaras Program, Mohd. Zahari Safuan Draffar berkata, kursus ini dapat menjadi pemangkin kepada perubahan dan rakan sebaya “Jiwa kanak-kanak lebih mudah didekati oleh rakan sebaya. “Pelbagai kemahiran tambahan perlu dibekalkan sebagai pembangunan diri sendiri demi membantu orang lain,” kata Mohd. Zahari. Tambahnya, PRS didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas komunikasi, permainan motivasi dan ceramah interaktif yang banyak memberi pengetahuan baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya