700 wanita jayakan tadarus perpaduan ummah - Utusan Malaysia

700 wanita jayakan tadarus perpaduan ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 30 Mei – Seramai 700 orang wanita dari 60 buah masjid di daerah Kuala Muda, di sini menyertai Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Perpaduan Ummah di Masjid Tunku Puan Habsah Padang Temusu, hari ini.

Program yang turut dihadiri ahli-ahli Wanita UMNO dan Muslimat Pas itu turut melibatkan golongan muda yang mengimarahkan lagi program tersebut bermula pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, program itu antara lain memberi peluang kepada kedua-dua parti berkenaan mengeratkan lagi hubungan terutamanya sempena Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya agenda perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan Islam tidak dilakukan dengan serius termasuk program seperti ini, ia boleh menimbulkan lebih banyak keretakan yang berpanjangan di masa akan datang.

“Diharapkan program ini akan diteruskan lagi kelak dengan lebih ramai penyertaan daripada golongan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas program itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim.

Sempena program itu, Shahanim turut menyampaikan sumbangan minyak masak dan beras pulut kepada sebahagian daripada peserta majlis berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Agama daerah, Syeikh Mohd. Noor Ismardi Ismail turut memuji langkah pihak berkenaan menanjurkan program tersebut.

“Banyak perkara yang baik boleh dilakukan bersama-sama dalam usaha memperbaiki lagi kedudukan orang Melayu dengan adanya program ilmu seperti ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini