PULAU PINANG 9 Mei – Sebanyak tujuh unit kedai di Jalan Kuala Kangsar, Prangin Estate, Georgetown terlibat dengan kebakaran awal pagi tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2.28 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran itu melibatkan tujuh unit kedai dua tingkat bangunan kelas A iaitu kategori Bangunan Warisan.
“Peratusan kebakaran hampir 70 peratus di setiap unit dan kebakaran hanya berlaku di tingkat atas kedai.
“Operasi pemadaman dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan dan tiada mangsa terlibat,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap berkenaan berkata, operasi berkenaan tamat pada pukul 5 pagi tadi. – UTUSAN ONLINE











