65 keluarga, anak jalanan terima sumbangan Ramadan - Utusan Malaysia

65 keluarga, anak jalanan terima sumbangan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mei – Sebanyak 65 keluarga termasuk ‘anak-anak jalanan’ menerima sumbangan barangan keperluan harian menerusi program Kasih Anak Rakan Jalanan di Surau Al-Hijrah, Chow Kit di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian sumbangan anjuran Little Aviators Childcare Centre itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Pucuk Emas Sdn. Bhd., Datuk Hashim Ibrahim.

Hashim berkata, sumbangan itu diperoleh hasil daripada kutipan individu perseorangan selain komuniti dan ibu-bapa di pusat penjagaan kanak-kanak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, seramai 40 orang sukarelawan terlibat menjayakan program itu yang turut mendapat kerjasama daripada Yayasan Amal, McDonald’s dan Malaysia Airlines Berhad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini