51 peratus kenderaan persendirian di Puspakom tidak capai tahap piawaian - Utusan Malaysia

51 peratus kenderaan persendirian di Puspakom tidak capai tahap piawaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Kira-kira 51 peratus kenderaan persendirian yang menjalani pemeriksaan di Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) tidak mencapai tahap piawaian pemeriksaan yang ditetapkan.

Menurut kenyataan Puspakom hari ini, berdasarkan statistik syarikat itu, paling tinggi tidak mencapai tahap piawaian ialah brek sebanyak 35 peratus diikuti gelincir sisi 30 peratus dan pelepasan asap sebanyak 10 peratus.

“Ini amat membimbangkan kerana komponen utama kenderaan seperti brek yang tidak berfungsi dengan baik dan keputusan gelincir sisi yang tidak memuaskan terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya manakala pelepasan asap yang tidak mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar pula akan menyebabkan pencemaran udara,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, sempena sambutan Aidilfitri 2019, Puspakom menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela percuma kepada orang ramai selama 10 hari bermula semalam hingga 2 Jun di semua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Puspakom di seluruh negara kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang, yang dikhaskan untuk kenderaan berat sahaja.

Kempen ini akan memberi peluang kepada pemilik kenderaan untuk mengambil kesempatan mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara percuma memandangkan kadar bayaran sebenar bagi pemeriksaan itu ialah RM50.

Di samping itu, pemilik kenderaan boleh mengguna pakai laporan pemeriksaan itu sebagai rujukan sebelum menyelenggara kenderaan masing-masing di bengkel kenderaan.

Pemeriksaan percuma itu melibatkan 25 peringkat pemeriksaan seperti brek, tayar, gelincir sisi, suspensi, pelepasan asap, pemeriksaan bahagian atas dan bawah serta pemeriksaan cermin gelap.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemeriksaan percuma itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.puspakom.com.my atau melalui Facebook Puspakom Sdn. Bhd. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini