LYON 23 Mei – Interpol menahan sembilan orang di Thailand, Australia dan Amerika Syarikat (AS) disamping menyelamatkan 50 kanak-kanak disamping selepas menumpaskan sindiket pedofilia online baru-baru ini.
Lebih banyak tangkapan dijangka selepas polis dari hampir 60 negara mengembangkan siasatan daripada operasi Interpol terhadap laman ‘web hitam’ dengan 63,000 pengguna di seluruh dunia sejak dua tahun lalu.
Operasi ‘Blackwrist’ dimulakan selepas menemukan bahan langganan laman web hitam yang mana pengguna boleh menggunakan perisian enkripsi bagi bersembunyi dibelakang lapisan kerahsiaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Web hitam tidak dapat ditemukan melalui enjin pencarian kerana memerlukan alamat laman web spesifik untuk masuk ke dalam. – AFP











