4,900 penyewa PA, PPR diserap dalam Skim Khidmat Menjelaskan Tunggakan Sewa - Utusan Malaysia

4,900 penyewa PA, PPR diserap dalam Skim Khidmat Menjelaskan Tunggakan Sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira 4,900 penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota yang mempunyai tunggakan sewa bulanan melebihi RM1,000 dikenal pasti untuk diserapkan dalam ‘Skim Khidmat Menjelaskan Tunggakan Sewa’.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan skim berkenaan bagi mengatasi masalah penghuni yang mempunyai tunggakan sewa di kawasan PA dan PPR.

“Menerusi skim ini, DBKL akan melantik penghuni yang tidak mampu membayar sewa di kawasan perumahan mereka sebagai pekerja kebersihan dengan hasil pendapatan akan disalur terus kepada DBKL bagi membayar tunggakan sewa melalui pemotongan gaji yang diperoleh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“DBKL telah bekerjasama dengan pihak kontraktor kebersihan di PA dan PPR serta penyewa sekitar ibu kota berhubung perkara ini. Skim ini disambut baik dan kesemua penyewa bersetuju dengan pendekatan ini,” katanya ketika merasmikan Program Perumahan Ku Bersih 2019 di PPR Seri Kota, Bandar Tun Razak, hari ini.

Khalid berkata, skim itu dilihat mampu menangani masalah tunggakan sewa, sekali gus mengelak penyewa dikenakan tindakan penguatkuasaan sekiranya gagal membayar tunggakan berkenaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini