46 warga Afrika ditahan di sekitar ibu negara - Utusan Malaysia

46 warga Afrika ditahan di sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Polis Kuala Lumpur telah menahan sebanyak 46 warga Afrika pada 13 April dan 3 Mei lalu dalam usaha untuk membanteras masalah kebanjiran warga tersebut di negara ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi berkenaan dijalankan di sekitar Jalan Changkat Thamby Dolah, Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Berangan, Jalan Genting Klang, Setapak dan Metro Prima, Kepong, dekat sini.

“Sepanjang dua operasi tersebut, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 183 orang warga asing Afrika dan daripada jumlah itu, 46 daripadanya yang merupakan 25 lelaki dan 21 wanita telah ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan diambil mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan akta-akta yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mazlan, tangkapan yang ditahan dalam operasi-operasi tersebut dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang dan Lokap Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

“Polis Kuala Lumpur amat komited dan akan meneruskan operasi seumpama ini bagi membanteras permasalahan kebanjiran warga asing tanpa izin yang turut menyumbang ke arah kejadian jenayah berlaku.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini