DUBAI 17 Mei – Empat termasuk seorang juruterbang terbunuh apabila pesawat ringan, Diamond yang dinaiki mereka terhempas kira-kira lima kilometer dari Lapangan Terbang Dubai, di sini semalam.
AFP yang memetik laporan United Arab Emirates sebagai berkata, berdasarkan maklumat awal, pesawat bermuatan empat yang didaftarkan di United Kingdom itu mengalami masalah teknikal.
Mereka yang terkorban adalah tiga warga British dan seorang penumpang Afrika Selatan. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











