373 serbuan, pemeriksaan sepanjang Ops Pemutihan - Utusan Malaysia

373 serbuan, pemeriksaan sepanjang Ops Pemutihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Mei – Sebanyak 373 serbuan dan pemeriksaan diadakan di seluruh negeri ini sepanjang Ops Pemutihan diadakan bermula 19 Mei lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, sepanjang operasi itu juga, sebanyak 211 penagih dan mereka yang dipercayai terlibat dengan pelbagai kes jenayah ditahan polis negeri ini.

“Operasi itu diadakan bagi membendung khasnya jenayah pecah rumah dan ragut sekali gus polis negeri ini komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan keselamatan adalah terjamin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, bagi menjayakan Ops Selamat 15 sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 yang akan bermula 29 Mei hingga 12 Jun ini, seramai 1,046 orang pegawai dan anggota polis di negeri ini akan bertugas sepanjang operasi itu dijalankan.

Sehubungan itu, katanya, seluruh masyarakat di negeri adalah disarankan supaya menjaga keselamatan diri, harta benda dan keluarga dan pada masa sama, menasihatkan mereka yang pulang ke kampung memandu dengan berhati-hati di jalan raya.

“Selain itu, maklumkan kepada jiran atau balai polis berhampiran atau menggunakan aplikasi volunteer smartphone bagi jika memerlukan sebarang bantuan,” katanya polis tidak teragak-agak untuk bertindak tegas kepada mana-mana pemandu yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

Pada masa sama, tambahnya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap sesiap yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini