24,327.41 kg minyak masak terpakai dikumpul sepanjang empat bulan - Utusan Malaysia

24,327.41 kg minyak masak terpakai dikumpul sepanjang empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ) berjaya mengumpul 24,327.41 kilogram (kg) minyak masak terpakai dan 1,391 tan pelbagai barang kitar semula sepanjang empat bulan tahun ini bermula Februari hingga April lalu.

–

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, minyak terpakai dan barang kitar semula itu berjaya dikumpul daripada beberapa lokasi seperti premis makanan, pasar malam dan juga bazar Ramadan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak majlis kini giat menjalankan pelbagai program dan kempen kesedaran bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat termasuk pada bulan Ramadan.

“Antara program lain yang turut diadakan adalah Program Bazar Ramadan Mampan, Lestari Hijau di Pasar Malam dan Kempen Bebas Polisterine di bazar, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini