2 warga emas maut dilanggar kereta BMW - Utusan Malaysia

2 warga emas maut dilanggar kereta BMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Mei – Dua lelaki warga emas maut ketika melintas jalan setelah dilanggar sebuah kereta di Kilometer 9.5 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 61 dan 67 tahun maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan tersebut melibatkan dua mangsa itu dan seorang lelaki memandu sebuah kereta jenis BMW dari arah Pusat Bandar hendak ke Kota Tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba dua mangsa itu melintas jalan secara mengejut dari arah tengah pembahagi jalan ke seberang kiri jalan.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu itu tidak sempat membrek dan mengelak. Akibat pelanggaran tersebut, kedua-dua tercampak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahurinain berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSI) di sini untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini