KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara mengesahkan kerajaan Amerika Syarikat sudah membuat pembayaran dana pertama berjumlah RM 236 juta (AS$ 57,036,588.68) hasil daripada penyitaan syarikat pembikinan filem Red Granite Pictures yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz. Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kenyataannya hari ini memberitahu bahawa ia adalah wang yang diperoleh semula, hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sudah menghantar pulang dan akan memulangkan sejumlah besar wang ke Malaysia. Ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya