KABUL 23 Mei – Seramai 14 orang terkorban dalam dua bedilan udara di negara ini sejak beberapa hari lalu.
Menurut Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA), lima wanita dan tujuh kanak-kanak merupakan antara yang terkorban di wilayah Helmand dan Kunar pada 20 serta 22 Mei lalu.
“Angka korban daripada serangan udara di Afghanistan terus meningkat.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kesemua pihak perlu menghormati undang-undang antarabangsa bagi melindungi penduduk,” kata UNAMA menerusi Twitter. – AFP











