1,000 bubur lambuk diedar kepada penduduk Zon 21 - Utusan Malaysia

1,000 bubur lambuk diedar kepada penduduk Zon 21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR 27 Mei-Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada penduduk sekitar Bukit Beruntung dalam program yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 21, Khairul Azhari Saut baru-baru ini.

Penganjuran program yang turut mendapat kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Balai Polis Bukit Sentosa dan Pertubuhan Wanita Gerakan Dinamik (Wirdina) itu antara lain bertujuan menyantuni masyarakat sekitar sempena kehadiran bulan Ramadan.

“Bubur lambuk adalah makanan tradisional yang sinonim dengan bulan puasa. Jadi kita mengambil inisiatif untuk memeriahkan Ramadan pada tahun ini dengan menyediakan 1,000 bekas bubur lambuk untuk diedarkan kepada penduduk sekitar Zon 21.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program yang julung kali diadakan ini adalah antara siri program sepanjang Ramadan di kawasan Zon 21 yang turut dianjurkan bertujuan mengimarahkan bulan mulia di sam­ping membentuk kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk,” katanya pada masjlis pengagihan bubur lambuk di sini.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Batang Kali, Harumaini Omar dan Pengawai Khas merangkap Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhamad kerana sentiasa memberi sokongan terhadap program-program rakyat yang dianjurkan di Zon 21.

Pada program tersebut, turut diedarkan Borang Makluman Balik Kampung kepada orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

“Mereka digalakkan untuk mengisi borang tersebut dan menghantarnya ke balai polis berhampiran untuk tujuan pemantauan keselamatan.

“Apabila borang ini dihantar ke Balai Polis bermakna polis akan maklum rumah-rumah yang penghuninya balik kampung semasa cuti Aidilfitri ini.

“Saya berharap dengan adanya usaha serta kerjasama semua pihak, kejadian tidak diingini dapat dielakkan,” katanya yang turut memuji usaha positif pihak polis yang menyediakan borang makluman balik kampung bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, sejahtera dan ceria terutama di Zon 21.-UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini