100 Anggota pengganas ditahan di Sri Lanka - Utusan Malaysia

100 Anggota pengganas ditahan di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 26 Mei – Kira-kira 100 suspek ditahan pasukan keselamatan Sri Lanka dalam operasi empat hari selepas dipercayai terlibat dalam siri pengeboman negara itu yang mengorbankan 258 orang, bulan lalu.

AFP melaporkan, kira-kira 3,000 anggota tentera terlibat dalam operasi yang bermula sejak Khamis lalu.

“Kita memberkas 87 suspek dalam tiga hari pertama operasi itu dan angka itu mencecah kira-kira 100 orang hari ini. Kesemua mereka telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” kata sumber tentera di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber itu menambah, pasukan keselamatan turut merampas beberapa video dan bahan propaganda yang mengaitkan eksterim National Thowheeth Jama’ath (NTJ), yang dipercayai terlibat dalam pengeboman itu.

“Kebanyakkan daripada mereka juga terlibat dalam kes dadah dan memiliki senjata api secara haram,” katanya.

Serangan itu disifatkan sebagai yang terburuk berlaku terhadap golongan minoriti beragama Kristian, yang hanya mewakili kira-kira tujuh peratus daripada keseluruhan 21 juta penduduk negara. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini