10 rumah rosak akibat ribut di Langkawi - Utusan Malaysia

10 rumah rosak akibat ribut di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 8 Mei – Kira-kira 10 buah rumah dan beberapa buah kenderaan rosak akibat dipukul ribut yang melanda Kampung Padang Lalang dan Jalan Tanjung Rhu di Mukim Ayer Hangat dan Kampung Ranggut, dalam Mukim Padang Matsirat di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kebanyakan bumbung rumah rosak akibat ditimpa pokok yang tumbang.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Lalang, Zamri Zainudin berkata, ribut selama setengah jam itu telah mengakibatkan tiga buah rumah di kampungnya rosak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kejadian itu walau bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan atau kecederaan.

“Bumbung rumah dan kenderaan rosak akibat ditimpa beberapa batang pokok jati dan kekabu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, dia menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai Bencana, Operasi dan Latihan APM Langkawi, Leftenan (PA) Azamshah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.35 malam.

“Kita menerima maklumat mengenai kejadian pokok tumbang di atas bumbung rumah di Jalan Tanjung Rhu yang turut melibatkan tiga byah kereta dan sebuah motosikal,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian untuk bantuan kecemasan termasuk kerja-kerja menjalankan operasi pembersihan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini