HANOI 17 Mei – Mahkamah Vietnam menjatuhkan hukuman mati kepada 10 orang dan dua lagi dipenjara seumur hidup atas pertuduhan menyeludup syabu, ketamine dan ekstasi ke sini menerusi kereta api, lapor media tempatan hari ini.
Sindiket tersebut menyeludup 300 kilogram (kg) dadah dari utara Vietnam ke selatan hub ekonomi, Ho Chi Minh antara 2015 dan 2016.
Lapor laman berita portal Vietnam, dua ketua sindiket dibayar ratusan ribu dolar Amerika Syarikat (AS) bagi menyeludup dadah berkenaan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











