TANAH MERAH – Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kemasukan kenderaan ke negeri ini berlaku secara berperingkat ekoran musim cuti sekolah sudah bermula. “Jadi kita jangkakan akan berlaku pertambahan namun ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak sekali gus seperti sebelum ini. “Apa pun kita harap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu dan tidak…










