REMBAU 7 April – Selepas sekumpulan pembeli tampil menuntut penjelasan berhubung Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau di sini yang tergendala, kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji ia akan diteruskan dan siap pada Mei tahun depan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya telah mengenal pasti kontraktor penyelamat bagi meneruskan projek berkenaan ekoran kontraktor sebelum ini menghadapi masalah kewangan. “Sepatutnya projek ini siap pada 31 Januari 2019 malangnya kerana terdapat masalah dengan kontraktor dan sebagainya. Kementerian sudah kenal pasti kontraktor penyelamat dan akan memulakan kerja secepat mungkin, insya-Allah projek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya