GAZA 9 April – “Hanya sebutir peluru, membuatkan hidup saya jadi tak menentu.” Demikian cerita sedih Abdallah Qassem, 17, yang kehilangan kedua-dua kakinya selepas terkena tembakan askar rejim Zionis ketika menyertai tunjuk perasaan pada 14 Mei tahun lalu. Tarikh itu juga menyaksikan Amerika Syarikat (AS) memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis yang membangkitkan kemarahan penduduk Palestin. Sehingga ke saat ini, Abdallah masih terkial-kial untuk mencuba kaki palsu dan…










