MADRID 4 April – Real Madrid mengalami kekalahan pertama sejak kembali diambil alih oleh Zinedine Zidane apabila kalah mengejut 1-2 kepada Valencia dalam saingan La Liga, hari ini. Kekalahan itu membuktikan mengapa Real perlu berbelanja untuk mengukuhkan pasukan musim depan, terutama selepas masih merasai kehilangan Cristiano Ronaldo. Dalam aksi di Mestalla, Valencia mendahului pada minit ke-35 menerusi Goncalo Guedes yang menyudahkan hantaran Carlos Soler. Ezequiel Garay menghukum Real dengan meledak…










