Wujudkan Facebook masjid, lengkapkan dengan teknologi terkini - Utusan Malaysia

Wujudkan Facebook masjid, lengkapkan dengan teknologi terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 April – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dicadangkan melakukan empat langkah bagi menjadikan masjid di negeri ini berperanan sebagai institusi pendidikan ke arah melahirkan insan seimbang dan sempurna.

Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan & Alumni), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman berkata, pertama memasukkan elemen motivasi mengimarahkan masjid sebagai amanah yang dipertanggungjawabkan Allah kepada setiap individu dalam teks kutbah Jumaat.

“Menganjurkan kursus peningkatan kompetensi pegawai dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dengan modul kursus mencakupi pelbagai kemahiran. Menyediakan panduan untuk AJK masjid melaksanakan kajian keperluan kepada kariah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keduanya, pegawai dan AJK masjid melaksanakan tugas dengan ikhlas dan istiqamah. Melaksanakan program pengimaraham masjid dengan mengikuti peraturan ditetapkan pihak berkuasa agama,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mewakili Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Yang turut hadir, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar selain Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Dua kertas kerja dibentangkan dalam multaqa itu iaitu Peranan Institusi Masjid Dalam Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Bekas Mufti Johor, Datuk M. Tahrir Samsudin Tahrir dan Tanggungjawab Masyarakat Dalam Mengimarahkan Masjid oleh Dr. Arieff Salleh.

Dr. Arieff Salleh berkata, ketiga ialah masyarakat Muslim setempat perlu hadir solat jemaah dan majlis ilmu di masjid tempat mereka selain memberikan sumbangan wang, tenaga dan idea kepada pihak AJK tersebut.

Keempat katanya, infrastruktur dan kemudahan di masjid perlu dilengkapkan dengan perkembangan teknologi terkini yang bersesuaian.

Begitu juga katanya, mewujudkan laman sesawang dan Facebook masjid bagi mewar-warkan aktiviti masjid – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini