WAWASAN Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Hadi Awang, tentang politik dan pemerintahan Islam serta rayuan beliau agar rakyat negeri itu bangkit membuat perubahan dalam kepemimpinan diterjemahkan pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 1999. Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang serta Ahli Parlimen Marang sejak beberapa dekad lalu itu akhirnya berjaya mengemudi partinya menang besar, memperoleh 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu…










