Waris Salleh Perang sedia bawa ke mahkamah antarabangsa - Utusan Malaysia

Waris Salleh Perang sedia bawa ke mahkamah antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 April – Waris keturunan Datuk Bentara Luar, Mohammed Salleh Perang bersedia membawa tuntutan harta warisan Allahyarham yang dianggarkan bernilai RM300 bilion ke peringkat antarabangsa.

Wakil Waris Pentadbirnya, Mohd. Zaini Aris berkata, tindakan itu mahu diambil pihaknya memandangkan segala bukti dan dokumen tuntutan sudah lengkap.

“Kami telah membuat tuntutan kepada kerajaan negeri berhubung perkara ini namun sehingga kini tidak mendapat kerjasama yang diharapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kami memberi tempoh sehingga 3 bulan untuk kerajaan negeri memberi kerjasama sebelum membawa kes ini ke peringkat antarabangsa, ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Akhbar Tuntutan Pusaka Datuk Bentara Luar, Mohammed Salleh Perang di Hotel Seri Malaysia, di sini sebentar tadi.

Sehingga hari ini dianggarkan seramai 4,000 waris yang berhak ke atas harta tersebut melibatkan lapan generasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini