KANGAR 16 April – Waris kepada pasangan suami isteri nelayan yang mati lemas setelah dipercayai terjatuh ke dalam laut semasa memukat ikan di perairan Kuala Perlis dekat sini pada 5 Januari lalu, hari ini menerima manfaat perlindungan Skim Insurans Nelayan Berkelompok Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Mok cek insurans berjumlah RM314,000.00 itu disampaikan Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil kepada anak kedua Allahyarham Mohamad Zaini Panjang Karim dan Allahyarham Azizah Yatim,…










