Warga FSPU UiTM santuni Orang Asli Temuan - Utusan Malaysia

Warga FSPU UiTM santuni Orang Asli Temuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KUBU BHARU 8 April – Seramai 121 orang pelajar semester 2 dari Pusat Pengajian Ukur Bangunan (PPUB), Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Kampus Shah Alam serta tiga orang pensyarah mengadakan program bersama Orang Asli di Kampung Gerachi Jaya baru-baru ini.

Program berkenaan dirasmikan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Prof. Datin Dr. Hamimah Adnan dengan diiringi oleh Ketua PPUB, Dr. Julaida Kaliwon, serta wakil dari Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA) Kampung Orang Asli, Mohd Riduan bin Sazali dan Muhammad Jamil bin Asun.

Program bertujuan mengeratkan silaturahim serta memberi sumbangan barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, pakaian, wang tunai dan alat tulis kepada penduduk setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…
fsu-asli-2
Anak-anak Orang Asli menyambut baik kehadiran warga FSPU.

Seramai 200 masyarakat Orang Asli meliputi 54 buah keluarga dari Kampung Gerachi Jaya suku kaum Temuan telah menerima sumbangan tersebut.

Aktiviti gotong-royong bersama penduduk juga diadakan untuk membersihkan kawasan sekitar kampung, selain itu, acara beramah mesra bersama penduduk kampung, acara sukaneka dan kebudayaan turut diadakan.

Menurut Pengarah Projek, Rohimah Khoiriyah Mohd Arifin Harahap, program seperti ini adalah penting bagi mewujudkan perhubungan dan kerjasama yang baik sesama insan disamping menjalinkan ukhuwah kemasyarakatan di antara warga kampus dan penduduk tempatan.

fsu-3
Gambar kenangan mahasiswa Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) bersama Orang Asli suku Temuan.

Antara agensi dan syarikat yang terlibat dalam memberi sumbangan ialah Syarikat Faiza Cawangan Subang Jaya, Karangkraf, Baraqah Edible Sdn Bhd, Masjid Al Falah USJ 9, para pensyarah UITM Shah Alam serta orang awam yang prihatin terhadap masyarakat tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini