JASIN – Seorang pekebun warga emas terpaksa menahan sakit kira-kira 20 minit selepas terkena dua das tembakan peluru penabur yang dipercayai dilepaskan pemburu ketika berada di kebunnya di On Lok, Batang Melaka, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 64 tahun pergi ke kebun berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya untuk menanam pokok cili padi serta pokok pisang. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu (gambar kecil) berkata, sebaik sahaja tiba di kebun, kesemua mereka berpecah dan melakukan kerja masing-masing sebelum mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya